Dikemas kini 4 Oktober 2026

Terma penggunaan

Dengan menggunakan Newlife, anda bersetuju dengan terma berikut. Sila baca dengan teliti.

1. Perkhidmatan kami

Newlife menyediakan checklist dokumen, borang dan tarikh untuk permohonan nikah orang Islam di Malaysia, berdasarkan negeri dan keadaan yang anda nyatakan. Checklist adalah percuma untuk pasangan.

2. Maklumat panduan, bukan nasihat rasmi

Kami menyusun checklist daripada senarai semak dan sumber rasmi jabatan agama negeri serta SPPIM, dan menyemaknya dari semasa ke semasa. Namun keperluan boleh berubah tanpa notis dan amalan boleh berbeza mengikut daerah atau pegawai.

Newlife bukan agensi kerajaan dan bukan sebahagian daripada mana-mana jabatan agama. Checklist ini ialah panduan, bukan nasihat undang-undang atau hukum syarak. Sila sahkan keperluan dengan pejabat agama anda sebelum menghantar permohonan atau membuat bayaran dan tempahan yang tidak boleh dibatalkan.

3. Akaun anda

Anda bertanggungjawab memberikan maklumat yang tepat, menjaga kerahsiaan kata laluan, dan semua aktiviti dalam akaun anda. Maklumkan kami segera jika anda mengesyaki akaun anda digunakan tanpa kebenaran.

4. Penggunaan yang dibenarkan

Anda bersetuju untuk tidak:

  • menggunakan perkhidmatan untuk tujuan yang menyalahi undang-undang;
  • cuba mengakses data pengguna lain atau mengganggu sistem kami;
  • menyalin kandungan checklist secara pukal untuk diterbitkan semula tanpa kebenaran bertulis.

5. Vendor

Jika direktori vendor dibuka kepada anda, maklumat vendor disediakan oleh vendor sendiri. Sebarang perjanjian, bayaran dan perkhidmatan adalah antara anda dan vendor tersebut.

6. Had tanggungjawab

Setakat yang dibenarkan undang-undang, Newlife tidak bertanggungjawab atas kerugian yang timbul daripada pergantungan pada checklist tanpa pengesahan dengan pihak berkuasa, kelewatan atau penolakan permohonan oleh mana-mana jabatan, atau gangguan perkhidmatan di luar kawalan kami.

7. Penamatan

Anda boleh berhenti menggunakan perkhidmatan dan meminta akaun dipadam bila-bila masa melalui hello@projectnewlife.my. Kami boleh menggantung akaun yang melanggar terma ini.

8. Undang-undang dan perubahan

Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Kami mungkin mengemas kini terma ini; tarikh kemas kini terkini dipaparkan di bahagian atas halaman.

9. Hubungi kami

Soalan tentang terma ini boleh dihantar ke hello@projectnewlife.my.